Penerangan:
1. Ranking - Ranking ialah 10 mata tertinggi yang dicatatkan pada tahun semasa. 5 tempat teratas menerima
hadiah utama. Selebihnya hadiah saguhati. Ranking akan diwartakan setiap minggu pada Jumaat malam Sabtu.
2. Liga Super DP - Liga Super DP ialah kedudukan peserta mengikut mata. 5 peserta
terbaik dalam Liga Super akan mendapat hadiah. Jumlah mata adalah hasil tambah Mata Komitmen, Mata Ranking
dan Mata Ikan Individu. Kiraan Mata Komitmen mengikut kepada kekerapan peserta keluar memancing (minimum 6 jam)
dan berbeza mengikut tempat:-
i ) Pantai - 1 Mata
ii ) Muara - 3 Mata
iii) Laut Dalam - 5 Mata
3) Mata Ikan Individu adalah mata untuk menghargai pemancing yang dapat ikan tetapi tidak dapat mengatasi
rekod 10 terbaik (Hanya dikira pada ikan melebihi atau tepat 1kg). Jika ikan yang didapati mengatasi 10 terbaik, maka
Mata tidak akan dimasukkan dalam Mata Ikan Individu malah dimasukkan dalam Mata Ranking.
4) Mata ikan dikira dengan formula berat X mata spesis. Mata spesis dikategorikan seperti di bawah:
KATEGORI 15 MATA |
KATEGORI 10 MATA |
KATEGORI 5 MATA |
KERAPU |
TENGGIRI |
MAYONG/MALONG |
EBEK/CERMIN |
KURAU/SENANGIN |
ALU-ALU |
JENAHAK |
BELITUNG |
ARUAN TASIK |
MERAH |
IBU GELAMA |
PARI/KETUKA |
LANDUK |
PECAH PERIUK |
SEMILANG/GEMANG |
SIAKAP |
TEBAL PIPI |
GELAMA |
JEMUDUK/CUPAK |
GEROT-GEROT |
TODAK |
KACI |
|
DAUN BARU |
BAYAN/KETARAP |
|
BELANAK |
GERONG BELANG |
|
BAJI |
AJI-AJI |
|
BELUKANG/DURI |
PISANG & TIMUN |
|
LAIN-LAIN SPESIS |
***spesis buntal, sesirat, yu tidak diambil kira***