-
Mengisi masa lapang (hobi)
-
Mencari rezeki untuk menyara hidup
-
Bersukan (Sport Fishing)
-
Mahukan Habuan (hadiah,wang ringgit dan sbgnya)
-
Mencari ketenangan melihat keindahan, melarikan diri sebentar dari masalah dunia.
-
Mencari Kawan
-
Mencari Ilmu
-
Mengenal Diri
-
Menjadi Pemancing Sejati.
Ada yang bercita-cita
menjadi Pemancing Sejati. Ada pula yang mengisi masa lapang, ada yang bersukan,
ada yang mencari rezeki untuk menyara hidup, ada yang ….
Anda Di Golongan
mana….
Jika Dilihat dari
tajuk diatas pastinya kita dapat membezakan bagaimana cara kita memancing.
Saya cuba
menyusun peringkat-peringkat diatas tapi ianya terlalu sukar…..anda lah yang susun mengikut kehendak anda….
Terus terang saya
katakan memancing ini seni…
Dari sekecil anak
hinggalah ke pak cik tua nelayan…semuanya mempunyai teknik yang tersendiri semua nya berkata inilah cara yang terbaik
buat mereka. Jadi manakah cara yang betul…sebenarnya ia terpulang kepada anda…apa tujuan anda, begitulah teknik
anda. Belajarlah dari pengalaman. Pengalaman orang lain amat berguna…janganlah dapat ikan goreng anda terus makan, masaklah
ikut selera anda…itulah yang saya belajar.
Jadi apa yang
hendak kita bincangkan disini….sukarkan…mengapa ….kerana saya telah besarkan skop memancing …tapi
sebenarnya mudah,
Pertama kita mempunyai
masa dan ruang…
Cari kuncinya?
….salah …ia memang sudah terbuka….
Ruang mana yang
anda pilih ….teruskanlah, tiada ruang yang tak berguna…
Adakah ayat saya
terlalu berkias…itulah maksud saya, lihat lah wajah pemancing…setiap kerut, tenungan, senyuman….ianya..semuanya..melambangkan
dunia Pemancing.
Keyakinan
Saya suka bercerita
tentang perkara ini…adakah keyakinan penting dalam dunia memancing?……….
Mengapa anda berkata
demikian ….anda memang seorang yang berilmu….tanpa ilmu anda tidak akan berkata begitu. Inilah yang saya mahu
anda kongsikan…jika boleh…
Ilmu
Mana anda belajar….ilmu
memancing….konvensional…terkini…cukup kah ilmu anda…atau masih berharap pada nasib…. Oooo …..
Takdir (Nasib)
Siapa yang tentukan
…..mengapa begitu….hebatkah kita dengan keyakinan…dan ilmu….Tapi takdir yang menentukan….Tanyalah
pemberi ilmu anda…
Peralatan
Penting sangat
kah peralatan……ikan yang dicari…di tempat yang jitu… peralatan yang…sesuai…teknik..yang
terbaik….lahirlah keyakinan yang tinggi…nasib menyebelahi anda ….kepuasan yang anda miliki….kebanggaan
yang anda perolehi..penghormatan yang anda dapat…. Adakah ini dunia pemancing?
Kepuasan
Tajuk yang terlalu
subjektif…..Setiap pemancing sejati pasti puas….itulah bahagian nya…mungkin masanya yang berbeza….
Tiada kesimpulan
kerana ianya tidak akan tersimpul….biarlah ianya berterusan…
PERINTIS RUANG
DAN WAKTU.
Khalifah
Abu