Assalmualaikum kepada semua pemancing dan mereka yang melayari laman web ini. Terlebih dahulu saya panjatkan
kesukuran ke hadrat Ilahi dengan lahirnya Dewapancing.tripod.com ini, atas segala usaha dan keringat saudara Abu Khalifah
dan Dewa Kroo. Saya terpanggil untuk meluangkan masa dan sedikit pengetahuan untuk sama-sama berkongsi idea serta informasi
mengenai lokasi-lokasi menarik di sekitar sungai Johor. Saya cuba bahagikan kepada dua fasa iaitu :-
1. Dari Air Putih hingga
ke Teluk Sengat.
2. Dari Teluk Sengat hingga
ke Penggelih
a) Togok Balak (Teluk Sengat)
Hotspot ini memang sudah diketahui umum merupakan salah satu lubuk yang paling digemari oleh pemancing tak kira
dari pelusuk mana. Diantara ikan-ikan yang terdapat di sini ialah pari, gerut-gerut, tebal pipi dan juga merah.
Wat-wat (ruat) adalah pilihan utama diikuti oleh Udang Hidup dan udang mati sebagai umpan ataupun diet kesukaan.
Lubuk ini adalah hasil dari peninggalan tiang-tiang kelong yang sudah runtuk dan reput, cuma perlu berhati-hati kerana mata
kail dan batu ladung mudah tersangkut di dasar togok ini.
Muara Penderam ( Keck Seng )
Di sini juga lubuk yang agak menarik, terutama di kuala penderam. Spesies seperti Pari, siakap, merah, gerut
dan juga becok(anak ketarap) agak mengemari lokasi ini kalau-kalau bernasib baik dan kena pada masanya senangin dan kurau
juga boleh didapati.
Johor kampung & Belading
Ini juga lubuk yang menarik untuk dikunjungi berdasarkan maklumat dan info yang saya terima dari kaki-kaki pancing
dari kawasan sekitar mengatakan disini banyak terdapat Gerut dan Tebal Pipi dalam anggaran 800gm hingga ke 3kg. Untuk mendapatkan
hasil dan kepuasan memancing waktu yang sesuai bila air pasang besar beralih ke kecil dalam anggaran 15 hingga 20 bulan melayu.
Ruat adalah menu utama disini.
Pulau Layang & Rakit Layang.
Satu-satunya destinasi yang sangat digemari dan di kenali di kalangan kaki-kaki pancing di sekitar sungai Johor
Terdapat banyak beting dan alur air di kawasan ini. Spesies yang menjadi buruan ialah Pari dari seberat 1KG hingga 15KG ada
di lokasi terbaik ini, juga terdapat senangin, Kurau, Merah, Tebal Pipi, Gerut-gerut, Gemang, Jahan dan Malong. Umpan yang
sangat di gemari disini ialah ruat dan Udang Pasar ( Mati )
Inilah serba sedikit info dan maklumat yang dapat saya hidangkan buat-buat kaki-kaki pancing untuk mencuba di
beberapa lubuk yang telah saya cadangkan, lubuk-lubuk lain akan di bawakan pada edisi yang akan datang.
Akhir Kata ......Renungkan lah bersama pantun ini....
Buah Salak, Buah Kedondong,
Buah berangan dalam baldi,
Bukan nasib tak beruntung,
Salah kita tak mengenal diri.