Anda sukakan sesuatu yang baru? Jangan bazirkan
masa dengan membaca bahan yang tidak berfaedah. Ruangan ini menunjukkan beberapa siri teknologi pancingan yang baru. Fahamilah
Nawaitunya...
![all-fish-finder.jpg](sitebuildercontent/sitebuilderpictures/.pond/all-fish-finder.jpg.w300h101.jpg)
Teknologi Sonar
Pernahkah anda menggunakan sonar atau fish finder. Anda kini tak perlu menunggu ikan datang lagi. Pujuklah ikan supaya
datang kepada anda atau suapkan saja umpan ke dalam mulut ikan. Mudah bukan?. Jangan salahkan nasib anda tidak baik apabila
tak dapat ikan, ok! fish finder di Malaysia boleh didapati pada harga sekitar RM333-RM3333. Lebih kurang le tu. Carilah yang
sesuai. Alat yang menggunakan bateri ini boleh memaparkan apa sahaja yang ada di bawah bot termasuk ikan dan struktur muka
bumi. Ia menggunakan teknologi gelombang. Ingat, gelombang mempunyai frekuensi. Lebih tinggi frekuensi sonar, lebih
tepatlah paparannya dan yang pastinya, lebih mahal. Suhu dan tekanan air juga ditunjukkan. Terpulang kepada anda!
Banyak dalam pasaran. Aku pernah guna cuma brand furuno, garmin, lowrance.
Kalau nak mudah alih, carik yang ada pelekat sucker kat transducer dia, boleh main lekat kat belakang bot mana-mana; senang.Tak
payah nak drill kat bot orang. Sucker nie macam getah pam air kalau tandas tersumbat tu.
Single frequency murah lagi kalau dibandingkan dengan duo frequency. Narrow beam yntuk ketepatan kedalaman, wide beam
mungkin [aling sesuai untuk angle tengok profile yang lebih luas dan banyak ikan...heheheh
Scrin kaler lagi mahal dari skin hitam putih. Check jugak berapa second dia baca depth semula lepas first bacaan. Nie
penting. Ada termaktub kat specs dia. Harap membantu.
Teknologi Twin Drag telah memasuki ke dalam pembuatan kekili beberapa jenama
terkenal di dunia seperti Accurate dan Shimano. Konsep Twin Drag adalah untuk mengekalkan keseimbangan karauan/putaran
pada kedua-dua belah spool (untuk kekili baitcaster). Anda boleh rasakan perbezaannya apabila anda menarik sesuatu yang
lebih besar dari anda!
Ball Bearings
Bilangan Ball Bearing pada suatu kekili adalah penting. Ramai pemancing bersetuju kerana lebih banyak ball bearings, pergerakan kekili akan lebih 'smooth' dan ia membantu spool, handle
dan rotor bergerak bebas. "Ball bearings juga berfungsi mengurangkan geseran antara badan kekili terutama pada gear dan
shaf", Jeremy Sweet - Pakar Kekili Shimano.
Pengurus Pengiklanan Daiwa, Bill Liston berkata, peranan bushing
hampir sama dengan Ball Bearing tetapi Ball Bearing lebih berkesan pada pergerakan secara putaran. Oleh itu, fikirkanlah ball
bearings apabila ingin membeli kekili dan di mana kedudukannya. Nak yang banyak? Okuma VS dan Shimano Stella ada 15 ball bearings.
Kat mana diorang letak ek?
Joran / Rod
|