dewapancing.tripod.com

Rahim Lubuk GPS

Home
Coolfish
Rahim Lubuk GPS
Gambar Memancing
'Hardware' Memancing
'Software' Memancing
Gambar Ikan Malaysia
Dewa Pancing Team
Ranking dan Pencapaian
Website Memancing

Experience is the best teacher...

fish2.gif
rahim2.jpg

HOTSPOT SEPANJANG SUNGAI JOHOR

johore.jpg

Rahim Tengah cek lubuk tempat lain kat Sytem GPS dia, nanti dah siap kita publish ok ....
 
Kat Bawah Ni Tides Water Untuk Mersing....

Assalmualaikum kepada semua pemancing dan mereka yang melayari laman web ini. Terlebih dahulu saya panjatkan kesukuran ke hadrat Ilahi dengan lahirnya Dewapancing.tripod.com ini, atas segala usaha dan keringat saudara Abu Khalifah dan Dewa Kroo. Saya terpanggil untuk meluangkan masa dan sedikit pengetahuan untuk sama-sama berkongsi idea serta informasi mengenai lokasi-lokasi menarik di sekitar sungai Johor. Saya cuba bahagikan kepada dua fasa iaitu :-
 
               1. Dari Air Putih hingga ke Teluk Sengat.
               2. Dari Teluk Sengat hingga ke Penggelih
 
a) Togok Balak (Teluk Sengat)
 
Hotspot ini memang sudah diketahui umum merupakan salah satu lubuk yang paling digemari oleh pemancing tak kira dari pelusuk mana. Diantara ikan-ikan yang terdapat di sini ialah pari, gerut-gerut, tebal pipi dan juga merah.
Wat-wat (ruat) adalah pilihan utama diikuti oleh Udang Hidup dan udang mati sebagai umpan ataupun diet kesukaan. Lubuk ini adalah hasil dari peninggalan tiang-tiang kelong yang sudah runtuk dan reput, cuma perlu berhati-hati kerana mata kail dan batu ladung mudah tersangkut di dasar togok ini.
 
 
Muara Penderam ( Keck Seng )
 
Di sini juga lubuk yang agak menarik, terutama di kuala penderam. Spesies seperti Pari, siakap, merah, gerut dan juga becok(anak ketarap) agak mengemari lokasi ini kalau-kalau bernasib baik dan kena pada masanya senangin dan kurau juga boleh didapati.
 
 
Johor kampung & Belading
Ini juga lubuk yang menarik untuk dikunjungi berdasarkan maklumat dan info yang saya terima dari kaki-kaki pancing dari kawasan sekitar mengatakan disini banyak terdapat Gerut dan Tebal Pipi dalam anggaran 800gm hingga ke 3kg. Untuk mendapatkan hasil dan kepuasan memancing waktu yang sesuai bila air pasang besar beralih ke kecil dalam anggaran 15 hingga 20 bulan melayu. Ruat adalah menu utama disini.
 
Pulau Layang & Rakit Layang.
 
Satu-satunya destinasi yang sangat digemari dan di kenali di kalangan kaki-kaki pancing di sekitar sungai Johor Terdapat banyak beting dan alur air di kawasan ini. Spesies yang menjadi buruan ialah Pari dari seberat 1KG hingga 15KG ada di lokasi terbaik ini, juga terdapat senangin, Kurau, Merah, Tebal Pipi, Gerut-gerut, Gemang, Jahan dan Malong. Umpan yang sangat di gemari disini ialah ruat dan Udang Pasar ( Mati )
 
Inilah serba sedikit info dan maklumat yang dapat saya hidangkan buat-buat kaki-kaki pancing untuk mencuba di beberapa lubuk yang telah saya cadangkan, lubuk-lubuk lain akan di bawakan pada edisi yang akan datang.
 
Akhir Kata ......Renungkan lah bersama pantun ini....
 
Buah Salak, Buah Kedondong,
Buah berangan dalam baldi,
Bukan nasib tak beruntung,
Salah kita tak mengenal diri.

TERDAPAT JUGA BEBERAPA LAGI HOT SPOT YANG SAYA AKAN TULIS
UNTUK MEMUDAHKAN LAGI PARA RAKAN DAN PEMANCING MENGENAL PASTI LOKASI TERSEBUT:
 
MUARA SUNGAI TEMON
DASARNYA KARANG MEMANJANG SEJAUH 50METER DARI KUALA ,BANYAK TERDAPAT SPESIS SEPERTI GERUT,TANDA,UNGGA SERTA TEBAL PIPI(BANYAK JUGA SPESIS SEMBILANG,GEMANG DAN GAGOK).UMPAN YANG MENJADI MENU UTAMA IALAH RUAT DAN UDANG
HIDUP.TALI UTAMA SEKITAR 15-20 POUND DAN PERAMBUT DARI 20-25
POUND CUKUP MEMADAI.SET PANCING YANG SEDERHANA SAJA,CUKUP UNTUK DIBAWA.
 
PANCHOR
DISEKITAR TEMPAT INI TERDAPAT BEBERAPA SPOT YANG MENJADI
KEGEMARAN PEMANCING,DIANTARANYA IALAH:
1.KARANG LUAS
2.TEBING GATAL
3.LUBUK SALMAH
4.KAPAL LAYAR
DENGAN KEDALAMAN AIR SEKITAR 10 HINGGA 40 KAKI SERTA DASAR
DIPENUHI TANAH KERAS DAN TOMPOKKAN KARANG LOKASI INI AMAT
DIGEMARI OLEH BANYAK SPESIS SEPERTI PARI,SENANGIN,KURAU,
GERUT,TEBAL PIPI,UNGGA,TANDA,GEMANG DAN GAGOK.RATA-RATA BERAT IKAN SEKITAR 1KILO HINGGA 5KILO BANYAK DISINI.CUMA APA YANG PALING PENTING SEBELUM TURUN MEMANCING PASTIKAN PERKARA INI DULU:
A.PASANG SURUT AIR(LEBIH BAIK KETIKA AIR BESAR KE KECIL)
B.CUACA (PASTIKAN 2/3 HARI SEBELUM MEMANCING TIDAK HUJAN)
C.UMPAN(RUAT DAN UDANG HIDUP,MESTI DIBAWA)
D.PILIHLAH LUBOK-LUBOK YANG SAYA KATAKAN DIATAS TADI,INSYALLAH
 
Togok Runtuh(antara TG.LANGSAT dgn RAKIT KONG KONG)
Keluasan lubok ini sekitar 5 meter persegi,ianya di tandai dengan pelampung biru.Dasarnya merupakan kesan peninggalan tiang -tiang nibong dan bakau.Kedalaman air sekitar 6 hingga 8 meter sahaja.Spesis yang mendomanasi disini adalah gerut-gerut dan ungga(tanda) dalam anggaran 300gm hinggalah 950gm(boleh dikatakan hampir 85%).Diet yang paling digemari ialah
ruat sahaja.Gunakan perambut sekitar 8 hingga 10 paun sahaja,dimana peluang lebih tinggi dibandingkan menggunakan perambut yang kasar.Mata size 2/3/4 sahaja.Air yang paling sesuai sewaktu surut bergerak pasang dan keadaan air kecil.