Make your own free website on Tripod.com

dewapancing.tripod.com

Home
Coolfish
Rahim Lubuk GPS
Gambar Memancing
'Hardware' Memancing
'Software' Memancing
Gambar Ikan Malaysia
Dewa Pancing Team
Ranking dan Pencapaian
Website Memancing

wallpaperdp.gif

Yahoo Searh Engine

Selamat Datang Ke Laman Web Kami...

 Terima Kasih kepada semua kaki pancing kerana sudi melawati laman web kami. Aktiviti memancing di Malaysia dan juga di dunia semakin berkembang luas dengan teknologi demi teknologi dimajukan bagi memenuhi kehendak pemancing yang lazimnya inginkan pembaharuan dan peningkatan dalam diri. Bukan setakat teknologi mata kail, malah teknologi kekili, joran, tali dan seterusnya kepada cincin joran, grafit joran, gear kekili, bearing kekili, dan lagi seterusnya lebih terperinci mengenai kedudukan molekul di dalam setiap peralatan memancing! setelah itu apa lagi?!?:(....Dengan perkembangan ini, kami cuba mewujudkan satu ruang perbincangan atau forum bagi memudahkan para pemancing berkongsi ilmu sesama kita. Forum yang telah ada ini adalah percubaan sebelum dewapancing mengeluarkan satu forum yang lebih menarik dan lebih baik. terima kasih...
Salam Ukhuwah kepada semua pemancing sejati yang budiman,
Sudah 3 tahun dewapancing bertapak di Malaysia. Mungkinkah dewapancing.tripod.com akan terus bertapak di sini. Atau mungkin site ini akan menjadi dewapancing.com? Doakan agar usaha kami diberkati...

Tahun 2007 tahun yang amat memberi makna kepada diri saya serta rakan-rakan dewpancing. Untuk Tahun 2008, kami akan teruskan lagi usaha dalam bidang ini supaya ia tidak luput ditelan zaman, tidak ditinggalkan bertumbuh lalang dan tidak terpinggir ditepi jalan. Ilmu ini anugerah Tuhan, banyak lagi cabang ilmu yang boleh diselami oleh kami khasnya dan semua manusia amnya. "Berbuat baiklah kepada semua seperti mana Allah SWT berbuat baik kepada diri kamu"[Al-Quran]. Jadi, tidak hairan jika terdapat saudara-saudara kita hendak meninggalkan hobi ini. Doakan akan perjalanannya pergi dan balik sentiasa dirahmati Allah SWT. Sekian...
Tiada siapa yang dapat merancang perjalanan hidupnya tanpa ianya terebih dahulu sudah ditentukan oleh yang Maha Esa. Sasaran kami untuk pergi ke Sedili, Kuala Rompin dan Pulau Aur telah pun dijayakan walau pun hanya beberapa orang yang terlibat mewakili Dewa Pancing. Di Sedili, Tenggiri dan Alu-Alu mendominasi acara perlawanan. Di Pulau Aur, Tenggiri, Cupak, Jemuduk dan Aruan Tasik memberikan aksi 'Game' yang menarik. Dan yang terbaru di Kuala Rompin, 2 orang wakil kami telah berjaya mendapatkan ikan Layaran yang diidam2kan oleh pemancing. Mereka menceritakan betapa hebatnya perlawanan, tentangan, desakan, lompatan, henjutan, larian, pusingan dan beberapa lagi aksi Layaran yang amat mendebarkan. Setiap detik perlawanan amat berharga. (Gambar disebelah ialah Kroo dengan Ikan Layaran 28kg yang ditewaskan di Kuala Rompin pada 23 Julai 2006)


Kroo VS Tenggiri

line01.gif

tebal1noorul.jpg

fishingnet5.jpg

dp-forum.gif

layarankroo.jpg

Sailfish Rompin

Click for Johore Bharu, Malaysia Forecast
  Plan your trip
  Local Radar
  Detailed Forecast

Click for Johore Bharu, Malaysia Forecast

rd.jpg
mp.jpg
Program Fasa Bulan
tide.jpg
Program Pasang Surut Air

 dari abu hurairah r.a katanya:
saya mendengar rasulullah s.a.w bersabda:
"siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan siraturrahim"
-bukhari-